Saturday, 14 November 2015

Ninaelis Enterprise 'Booth Sale' pertama

Jualan Mega Garage Sale yang berlangsung pada 22 Oktober lalu merupakan detik bersejarah bagi Ninaelis Enterprise. Jualan Mega Garage Sale menjadi tapak permulaan perniagaan terbuka kepada khalayak ramai sekalihus memberi pengalaman baru dalam menempuhi alam perniagaan. Ia bukan sahaja sebagai satu perniagaan kerana yang paling penting, kami menganggapnya sebagai satu khidmat masyarakat dalam meningkatkan dan memperbaiki mutu kesihatan setiap individu yang berminat. Dan mempunyai kesedaran menjaga kesihatan tubuh badan mereka.

Alhamdulillah, sambutan agak menggalakkan dan memberikan semangat untuk terus mempromosi kesihatan di kalangan rakyat Brunei khususnya, di samping membantu kerajaan menguranhkan kos perbelanjaan merawat pesakit-pesakit berkaitan sakit jantung.

InsyaAllah kami akan mnegikut serta dalam jualan-jualan akan datang dan berharap dapat menimbulkan kesedaran tentang kesihatan, pencegahan dan kewaspadaan dari penyakit berpunca dari penyekatan saluran darah.

No comments:

Post a Comment