Saturday, 2 July 2016

NINAELIS MENYERTAI ROMBONGAN LAWATAN TASLY KE CHINA



Ninaelis Enterprise telah menyertai rombongan lawatan Tasly ke negara China, melawat Tembok Besar Cina dan Ibu Pejabat Tasly di Tianjin.



Perjalanan dari Brunei ke Kuala Lumpur dan terus ke Beijing China yang mengambil masa lebih kurang 6 jam.

Kami meluangkan masa selama 3 hari di Beijing dan dibawa melawat ke beberapa tempat istimewa seperti 'The Forbidden City', 'Great Wall of China', Pusat jualan Sutera, Teh herba Cina & Pusat jualan Jed & Mutiara.

Lawatan ini telah memberikan pengalaman tidak terhingga terutama sekali apabila berada di Tembok Besar China dan Ibu Pejabat Tasly di Tianjin. Ia menambahkan keyakinan terhadap Tasly sebagai pengusaha kesihatan menggunakan teknologi moden dalam mengamalkan herbal tradisional Cina.


Dari kiri - Wakil Ninaelis Enterprise, Md. Yasir & Den Fadly bersama Dr. Ravee dan rakan usahawan Tasly.


Ahli rombongan bergambar ramai di hadapan 'Unity Altar' di Tasly HQ.


Antara ahli rombongan Tasly Malaysia telah menerima sijil pengiktirafan sebagai 'Trainer'.


Di bilik mesyuarat antarabangsa Tasly, kami diberikan taklimat mendalam tentang Tasly dan program yang mereka sedang jalankan.


Di hadapan gerbang pintu masuk Tasly HQ

Kini Ninaelis berharap akan dapat maju lagi kehadapan untuk mempertingkatkan usaha menyediakan produk-produk kesihatan keluaran Tasly yang berkualiti tinggi dan terbukti melalui kajian-kajian saintifik antarabangsa demi mencapai taraf kesihatan sempurna bagi warga Negara Brunei Darussalam.



NINAELIS @CONSUMER FAIR MAY 2016




CONSUMER FAIR
25TH - 29TH MAY 2016

Saturday, 21 May 2016

Alhamdulillah. Pada 20 Mei 2016 yang lalu, Ninaelis telah melakarkan sejarahnya menyelenggarakan sebuah seminar tentang Kesedaran Kesihatan khussu buat warga Brunei. Turut di jemput adalah kumpulan dari Tasly Malaysia Dr. Ravee, Mr.Mohan serta ahli-ahli yan lain, Mdm Kavery dan Mr. Sam. 

Nurizzatul Nadhirah mewakili Ninaelis Enterprise menyampaikan kata alu-aluan acara pada malam itu. 

Ceramah kesihatan serta produk dari Mr. Mohan.

Dr. Ravee juga seorang pakar motivasi memberikan kata-kata yang bersemangat kepada pendengar. 

Penyampaian cenderahati kepada para penyampai khas. 

Bergambar ramai sebelum mengakhiri perjumpaan pada malam tersebut.

Jutaan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada kumpulan Tasly Malaysia kerana dengan sukacita datang ke Brunei untuk memberikan sokongan dalam memberi kesedaran tentang kesihatan dan produk yang unik Tasly Danshen Plus Kapsul kepada warga Brunei. 

Tidak lupa juga terima kasih kepada ahlijawatankuasa Ninaelis Enterprise yang melaksanakan tugas dengan baik dan bersungguh-sungguh.

Dan akhir sekali, terima kasih teristimewa buat semua yang sudi hadir pada malam itu. Semoga acara itu dapat memberikan ilmu dan manfaat buat semua untuk disebarkan kepada yang lain.

"Usahakan Kesihatan Demi Kesejahteraan"

Tuesday, 24 November 2015

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG KE BLOG NINAELIS-TASLY


Di sini kami memberikan segala informasi mengenai produk-produk Tasly dan juga perkhidmatan-perkhidmatan dari Ninaelis Enterprise. Semoga akan memberi manfaat dan informasi yang berguna untuk semua.

LAYARI KAMI SEKARANG!

Sebarang pertanyaan sila hubungi
+673 8815554 - Losir bin Bundan
+673 8870537 - Den Fadly bin Jawawi
+673 8931034 - Erwan bin Abu Bakar

Monday, 23 November 2015

UNTUK INFORMASI TERKINI MENGENAI NINAELIS ENTERPRISE
SILA KLIK LINK FACEBOOK KAMI DI BAWAH INI:

Ninaelis-Enterprise facebook page

Saturday, 14 November 2015

NINAELIS SERTAI JUALAN TUTONG FOODCON

Pada penghujung bulan Oktober lalu, Ninaelis sekali lahi telah menyertai jualan di Tutong Foodcon bertempat di Hua Ho Tutong Petani Mall yang berlangsung selama tiga hari.

Ninaelis Enterprise 'Booth Sale' pertama

Jualan Mega Garage Sale yang berlangsung pada 22 Oktober lalu merupakan detik bersejarah bagi Ninaelis Enterprise. Jualan Mega Garage Sale menjadi tapak permulaan perniagaan terbuka kepada khalayak ramai sekalihus memberi pengalaman baru dalam menempuhi alam perniagaan. Ia bukan sahaja sebagai satu perniagaan kerana yang paling penting, kami menganggapnya sebagai satu khidmat masyarakat dalam meningkatkan dan memperbaiki mutu kesihatan setiap individu yang berminat. Dan mempunyai kesedaran menjaga kesihatan tubuh badan mereka.

Alhamdulillah, sambutan agak menggalakkan dan memberikan semangat untuk terus mempromosi kesihatan di kalangan rakyat Brunei khususnya, di samping membantu kerajaan menguranhkan kos perbelanjaan merawat pesakit-pesakit berkaitan sakit jantung.

InsyaAllah kami akan mnegikut serta dalam jualan-jualan akan datang dan berharap dapat menimbulkan kesedaran tentang kesihatan, pencegahan dan kewaspadaan dari penyakit berpunca dari penyekatan saluran darah.